Larangan Riba dalam Al Quran dan Sunnah

In E Book, Perdagangan by Hamba Allah0 Comments

Buku ini, berkenaan topik: ‘Larangan Riba didalam Qur’an dan Sunnah’, adalah terbitan kedua didalam Siri-siri Memorial Ansari, diterbitkan untuk menghargai guru saya dan juga Shaikh yang diingati, Maulana Dr. Fadhlur Rahman Ansari (1914-1974). Terbitan pertama adalah buku kecil bertajuk: Pentingnya Larangan Riba didalam Islam. Oleh kerana bahaya besar yang akan disebabkan oleh riba, dan teramat kritikal pentingnya akan subjek ini, sebanyak 60,000 ribu naskah buku kecil itu telah dicetak sebagai edaran percuma di Amerika Syarikat, di Malaysia dan juga di Singapura.

Dari usaha yang telah saya lakukan dalam mengkaji perihal riba, saya teramat menyedari bahawa sebenarnya kebanyakan umat Islam tidak mempunyai ilmu dan maklumat yang cukup mengenai perkara tersebut. Sesetengahnya tidak mampu memahami perkara tersebut disebabkan oleh tirai-tirai yang telah menutupi mata-mata mereka. Yang lainnya lebih memilih untuk tidak mempelajari langsung mengenainya kerana hidup mereka akan menjadi sukar jika mereka melakukan usaha ikhlas untuk menjauhkan diri dari riba. Itulah dia masalah sebenarnya pada masa kini. Anas berkata yang dia telah mendengar Pesuruh Allah bersabda: Antara tanda-tanda kiamat adalah hilangnya ilmu pengetahuan dan banyaknya kezaliman…..(Bukhari, Muslim).

Di seluruh dunia Islam pada hari ini, umat Islam teramat memerlukan buku-buku berkenaan riba yang mampu menjelaskan perkara tersebut dengan mudah dan jelas, dan buku tersebut perlulah disebarkan secara meluas. Tujuan usaha kecil kami menulis buku ini, termasuklah buku kecil sebelum ini didalam Siri-siri Memorial Ansari : Pentingnya Larangan Riba didalam Islam, adalah untuk cuba mengisi kekosongan yang merbahaya itu (ketiadaan buku berkenaan riba). Jika kami gagal, ianya adalah kerana kekurangan kami dan kami amat mengalu-alukan komen-komen, bantuanbantuan dan nasihat dari pembaca-pembaca kami. Jika kami berjaya, ianya adalah kerana rahmat dari Allah SWT.

Ciri-ciri asas gaya yang kami gunakan untuk berhadapan dengan subjek yang sukar ini adalah dengan membawakan Al Qur’an dan hadis kepada para pembaca sebanyak yang mungkin dan menghadkan komen-komen oleh penulis. Fungsi asas kami adalah untuk menyusun bahan-bahan dan mempersembahkannya dengan cara yang sistematik. Beberapa ayat Al Qur’an dan juga juga hadis diulang-ulang beberapa kali didalam buku ini. Ini adalah kerana ayat-ayat yang diulang-ulang itu mempunyai pelbagai aplikasi. Singkatan SAW selepas nama-nama Nabi bermaksud “salam dan sejahtera Allah keatas mereka” dan RA selepas nama-nama para sahabat Nabi SAW adalah bermaksud “Allah merahmati mereka”.

Pendedahan subjek riba ini telah mendedahkan penipuan besar yang mana melaluinya al-Masih al-Dajjal berusaha untuk merendahkan umat Islam kebanyakan, melalui penipuan, kepada kepapaan dan, akibat dari itu kepada kekufuran (tidak lagi beriman). Kami berharap ilmu pengetahuan berkenaan riba akan membawa para pembaca kepada tindakan yang sewajarnya yang mana dapat bertindak balas terhadap kuasa jahat ini Insyaallah.

Beberapa orang sahabat dan rakan telah menyemak manuskrip buku ini dan telah memberi beberapa saranan yang amat bernilai. Antara mereka adalah Siddiq Ahmad Nasir, Ali Mustafa, AlFahime Jobe, Kem Kamaluddeen dan Dr. Shujuat Ali Khan. Sesetengah yang menyemak manuskrip dengan khususnya meminta nama-nama mereka tidak disebut didalam bab pengenalan ini, – sebagai tanda, berkemungkinan, kesulitan yang telah pun mereka alami atas usaha berani mereka menegakkan perihal larangan riba didalam Islam ini. Lima puluh tahun dari sekarang mungkin menjadi amat mustahil untuk umat Islam walau untuk mengajar berkenaan subjek ini, – sungguh berat akan jahilnya terhadap Islam, kerana manusia kebanyakan yang telah pun di”basuh minda”nya.

Kami doakan belas kasihan dan rahmat Allah SWT keatas Abu Sulaiman Asghar Hassan dan Umm Mahboob Fatima, dan juga Saudara Abdul Rasheed, semuanya dari Singapura, yang mana dengan kebaikan dan kemurahan hati mereka membolehkan kami melakukan kajian dan menulis buku ini. Kemurahan hati Haji Muhammad Saleem memberikan dana, yang dilakukannya atas nama ibu-bapanya, cukup untuk menampung kos mencetak buku ini*, ianya juga amat dihargai dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah merahmati, memberi keampunan dan belas kasihan kepada ibu-bapanya, Marhoom Zafar Ali dan Ashraf Jan dari Rawalpindi, Pakistan. Ameen!

Ucapan terimakasih khas kamu kepada Saudara Aftabuddin dan Shakeel (dari Sanatech Printers) untuk usaha murni mereka dalam menyediakan muka surat dan juga mencetak ini, dan kepada Muhammad Yar yang telah mencipta kulit muka buku ini. Irfan Quraishi telah menyediakan saya komputer dan pencetak yang saya gunakan untuk menyediakan MS buku ini, dan Nabeel al- Masry yang telah memperkenalkan kepada saya program pemprosesan kata Word Perfect Windows. Moga Allah merahmati mereka semua. Ameen!

Imran Nazar Hosein
Masjid Dar al-Quran.

Long Island, New York. Shawwal 1417 / February 1997

Larangan Riba Didalam Al Quran dan Sunnah

Silahkan unduh e-book nya di bawah ini.

Download
image_pdfimage_print

Leave a Comment