Kampungmuslim.org – Sheikh Imran Nazar Hosein dilahirkan di Pulau Caribbean, iaitu di Trinidad pada tahun 1942 dari ibu bapa yang berhijrah sebagai buruh kontrak dari India. Beliau adalah lulusan dari Institut Aleemiyah Karachi dan telah belajar di beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti of Karachi, Universiti of West Indies, Universiti Al Azhar dan Institute of International Relations Geneva Switzerland. Sebelum menjadi pendakwah, Sheikh Imran telah bekerja selama beberapa tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar di Kementerian Luar Negeri Kerajaan Trinidad dan Tobago, tetapi pada tahun 1985 beliau meletakkan jawatan tersebut untuk mengabdikan hidupnya demi Islam.
Sheikh Imran pernah tinggal di kota New York, Amerika Serikat selama 10 tahun. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pengajian Islam di Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau memberi pengajaran mengenai Islam dalam beberapa universitas, sekolah, gereja, rumah-rumah ibadat, penjara, dewan orang ramai dan lain-lain tempat di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada. Beliau juga mengambil bahagian dalam berdialog antara agama dengan pendeta Nasrani dan Rabbi Yahudi semasa mewakili Islam di Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Imam untuk Masjid Dar al-Qur’an di Long Island, New York. Beliau juga mengetuai shalat Juma’at mingguan dan menyampaikan khutbah di Ibu Pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Manhattan sebulan sekali selama sepuluh tahun secara berkesinambungan.
Di antara peranan lain yang pernah disandang oleh Sheikh Imran adalah:
- Ketua Institut Pengajian Islam Aleemiyah di Karachi, Pakistan,
- Pengarah Penyelidikan Kongres Dunia Islam di Karachi, Pakistan,
- Pengarah Institut Pendidikan & Penyelidikan Islam di Miami, Florida Amerika dan
- Pengarah Dawah Tanzeem-e-Islami Amerika Utara.
Akhirnya, saya kagum dengan gaya penulisan Imran. Walaupun tesis Jerusalem di dalam al-Quran ini ditulis dengan teliti dengan menggabungkan fakta-fakta agama, sejarah dan kejadian-kejadian politik masa kini berserta interpretasi mendalam al-Quran dan hadith, ia ditulis seperti sebuah cerita. Tidak mungkin dapat menghentikan bacaan buku ini apabila ia dimulakan. Ini adalah kualiti sebuah penulisan novel. Seorang pembaca akan membaca sekali sesebuah buku dan seterusnya mengenetepikannya – tetapi tidak kepada buku yang merangsang pemikiran seperti yang ditulis oleh Sheikh Imran ini. Buku ini adalah rujukan yang perlu diteliti untuk kajian berulang-ulang kali. Saya percaya kebijaksanaan Sheikh Imran dalam berbahasa adalah hasil dari kebolehannya tersendiri yang disertakan dengan usaha keras tanpa penat lelah sebagai penceramah dan da’i, serta Rahmat Ilahi atas keikhlasannya. [‘Jerusalem Di Dalam al-Quran‘, Masjid Dar al -Al-Quran, Long Island, New York. 2002. p. xvi]
Jerusalem Di Dalam al-Quran muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan Tanah Suci oleh golongan Yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah: “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah subhanahu wa ta’ala adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak. Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. Jerusalem Di Dalam al Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar ‘Ahli Kitab’. [‘Jerusalem Di Dalam al-Quran, Masjid Dar al-Qur’an, Long Island, New York. 2002.]
Apa yang paling mengejutkan saya ketika membaca karangan hebat Sheikh Imran adalah dari kejernihan, dan kejelasan, tindak balas dan gaya keserderhanaan yang sangat mengagumkan dengan dalil yang telah disampaikan oleh penulis pada awalnya untuk menjelaskan dan kemudian menilai secara kritis, walau bagaimana pun, ia adalah satu konsep falsafah yang sangat kompleks dalam agama yang mana sebahagian besar daripada manusia hari ini mendakwa mereka mengawal atau menyenggara kehidupan. Dalam ratus halaman penulis telah kemukakan kepada kita anggaran perbandingan kedua-dua agama besar dunia seperti agama Buddha dan Islam, dan, apa yang jauh lebih penting, penulis telah melakukan analisis kritis terhadap agama Buddha secara etika dan metafizik. Pada umumnya, perkara utama yang dibuat dalam buku ini cenderung menunjukkan pemikiran yang luar biasa dan hasil yang asli. Oleh kerana itu, buku ini disenaraikan sebagai salah satu sumbangan yang paling signifikan yang pernah dibuat terhadap kesusasteraan perbandingan agama…[‘Islam and Buddhism in the Modern World’. World Federation of Islamic Missions, Karachi. 1972. Back cover]
Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi, seorang sarjana Islam zaman moden yang terkemuka, telah menulis ‘Kata Pengantar’ di dalam buku tersebut, dan ini adalah apa yang beliau katakan;
Saya dengan rasa sangat berbesar hati memperkenalkan monograf penyelidikan Imran Hosein mengenai “Islam and Buddhaism in the Modern World”, yang merupakan langkah pertamanya dalam bidang penulisan, dan boleh dikatakan buku yang pertama dalam tajuk ini yang pernah ditulis oleh seorang ulama Islam.
Penulis (Sheikh Imran) adalah seorang murid yang dikasihi oleh saya (Maulana), beliau telah mewarisi tradisi kecemerlangan cendiakawan moden dalam Falsafah dan Agama yang mewakili Dr. Syed Zafar-ul-Hassan MA, LL.B., Dr Phil. (Erl.), D. Phil. (Oxon.) dan Dr Sir Muhammad Iqbal MA, Ph.D., D.Litt.D., Bar-at-Law, dan usaha dakwah mewakili Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi, dan saya berbangga dengan beliau. Walaupun masih muda, beliau telah berada di landasan kematangan dan kebijaksanaan, dan saya yakin bahwa hasil usahanya sebagai penyelidik akan membawa kepadanya kejayaan yang lebih besar di jalan kebenaran.
Buku ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Tindak balas beliau terhadap subjek menunjukkan pemahaman yang jelas, berdasarkan fakta dan bukan perasaan atau pendapat, dan ketajaman kepintaran logik tahap tinggi. Pendekatan yang selaras ini adalah berbeda lagi kontra dengan pendekatan yang bermotifkan sebaliknya yang selalu ditunjukkan oleh pihak Nasrani dan Arya Samaj dalam penulisan mereka mengenai Islam. Saya berdoa kepada Allah untuk memberkati buku ini dengan kejayaan, Amin! [‘Islam and Buddhism in the Modern World’. World Federation of Islamic Missions, Karachi.]
Selama 43 tahun Sheikh Imran mendedikasikan dirinya demi Islam, sejak menamatkan pengajian di Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dengan anugerah ‘Dr. Ansari Gold Medal for High Merit’, tidak ada bukti bahawa kuliahnya, dawahnya dan ceramahnya pernah menyesatkan orang dalam aktiviti pengganas. Sama ada sarjana Islam ini mendapat petunjuk yang benar atau sesat, ia adalah hal yang ditentukan oleh orang-orang Muslim yang dengan ikhlas dan sungguh-sungguh mengikuti petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wassalam. Hal tersebut tidak boleh ditentukan oleh mereka yang bukan Muslim atau orang-orang Muslim yang melanggar perintah Ilahi di dalam al Quran (rujuk Surah al-Maidah, ayat ke-51) yang melarang umat Muslim bersahabat dan bersekutu dengan pakatan Nasrani-Yahudi (Zionist, Amerika, North Atlantic Treaty Organization dan Israel) yang sekarang menguasai dunia.(*)
Sumber: matsumas.org
Comments
syeikh imran kok ga pernah keindo ya?
Salam. Dulu pernah, tapi beliau sekarang lebih fokus untuk membangun tali persaudaraan antara muslim dan nasrani ortodoks. Dan tentu saja ini butuh perjuangan dan pengorbanan besar dari beliau beserta tim nya.
Assalamualaikum, saya sangat tertarik dan mengagumi cara berpikir, kehati-hatian dan kejujuran beliau juga kepribadian yang begitu ikhlas. Namun saat saya mendiskusikan dengan kawan yang lain, mereka melakukan research tentang beliau dan menganggap beliau tidak benar. Pada titik seperti ini saya bingung harus bersikap seperti apa mengingat saya kesulitan menemukan guru di lingkungan saya yang memiliki karakter seperti beliau. Tolong mungkin ada yang bisa berbagi pengalamannya saat baru memulai mengikuti kajian2 beliau dengan keadaan yang sama seperti saya. Jazakallahu Khair.
Wa’alaikum salam. Resolusi yang dapat memberi jawaban atas hal tersebut hanya bisa dijawab oleh Al-Qur’an. Silahkan baca artikel berikut untuk menemukan bagaimana Allah memberikan solusi terindah-Nya kepada kita semua melalui Al-Qur’an.
https://kampungmuslim.org/resolusi-dalam-mengantisipasi-kedatangan-al-malhamaharmageddon/
Assalamu’alaikum Saudaraku
Apabila saya ingin menjadi murid Syekh kira-kira apa yang harus saya lakukan?, atau setidaknya membantu dalam penerjemahan buku ini atau mungkin perawatan web.
May Allah bless u all
Wa’alaikum salam. Alhamdulillah terima kasih atas niat baiknya. Bisa email ke kampungmuslim.org@gmail.com untuk komunikasi selanjutnya?